Maintenance Position For Illegal Children From Biological Fathers: A Study In Penang
Kedudukan Nafkah Terhadap Anak Tak Sah Taraf Daripada Bapa Biologi: Kajian Di Pulau Pinang
Keywords:
Maintenance, Child, Illegitimate, Biological, FatherAbstract
The maintenance of the child is under the father’s responsibility. However, it is indifferent to an illegitimate child who under his mother's responsibility. If the mother cannot support the child, then the heir next to the mother is responsible for doing so. And if the heirs are also incapable, then the government will play a role in helping to support the illegitimate child. There are cases a mother has applied for maintenance for her illegitimate child from the biological father, asking about his responsibility. The methodology used in this study is a qualitative study by studying documents and the library method. This study requires an elaboration of facts from the book of fiqh and the statute of Islamic law. In addition, this study also used interviews with lawyers and also by doing case study analysis. The study's findings found that the court has approved the application to maintain an illegitimate child to be paid by the biological father in some instances. This is because the current situation is very challenging and requires help from the biological father in bearing the maintenance. If left untreated, it may harm the child. However, the court's permission to order the payment of maintenance for the illegitimate child is subject to the agreement of both parties.
Abstrak
Tanggungjawab nafkah anak adalah terletak ke atas bahu seorang bapa. Namun, tanggungjawab ini hanya ke atas anaknya yang sah taraf. Bagi anak yang tak sah taraf, syarak tidak membebankannya ke atas bapa tetapi ke atas ibu yang melahirkan anak tersebut. Sekiranya si ibu tidak berkemampuan, maka tugas tersebut dikenakan ke atas waris sebelah ibu seperti datuk, nenek atau saudara lelaki. Dan sekiranya waris kepada isteri juga tidak berkemampuan, maka pemerintah yang akan memainkan peranan melalui fungsi baitulmal. Terdapat kes tuntutan nafkah di mana si bapa ingin mengelak daripada membayar nafkah dengan menafikan hubungan biologi antara mereka. Penafian tersebut hanya diterima apabila ia dapat dibuktikan dengan saksi dan keterangan. Namun begitu, terdapat kes si ibu telah memohon tuntutan nafkah anak tak sah taraf di mahkamah dari bapa biologi supaya si bapa tersebut juga perlu bertanggungjawab. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif yang bersifat dokumen dan kepustakaan. Selain itu, kajian ini turut melakukan temubual bersama peguam untuk menyokong fakta kes. Dapatan kajian mendapati, mahkamah pernah meluluskan permohonan tuntutan nafkah anak tak sah taraf yang perlu dibayar oleh bapa biologi apabila mendapat persetujuan daripada bapa biologi tersebut. Ini kerana situasi zaman kini yang sangat mencabar dan memerlukan bantuan dari bapa biologi dalam menanggung nafkah tersebut. Sekiranya tidak dibantu, ia mungkin dapat memberi kemudharatan terhadap anak tersebut. Walau bagaimanapun, kebenaran mahkamah untuk memerintahkan pembayaran nafkah anak tak sah taraf tersebut tertakluk kepada persetujuan dari kedua-dua pihak
Downloads
References
Abd Ghani Ahmad & Nuarrual Hilal Md. Dahlan. 2016. Kewajipan Menanggung Anak Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes di Negeri Kedah. Jurnal Kanun: UUM.
Abdul Rashid Moten. 1998. A Guide To Research Proposal And Report Writing. Selangor: Research Centre International Islamic University, Malaysia.
Ahmad Sunawari Long. 2009. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: UKM.
Aizan Sofia Amin, Jamiah Manap & Noremy Md Akhir. 2016. Peranan Keluarga dalam Kehidupan Kanak-Kanak Kurang Upaya Malaysia. Jurnal Akademika 86(1).
Berita Harian. 5 April 2019. Pelihara Anak Tak Sah Taraf Ikut Syariat. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/04/549142/pelihara-anak-tidak-sah-taraf-ikut-syariat-kemanusiaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Entri “Anak Luar Nikah”. http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=anak+luar+nikah (dicapai pada 24 April 2020).
Ibn Rushd, Muhammad bin Ahmad bin Muhammad. 2004. Bidayat Al-Mujtahid Wa Nihayat Al-Muqtasid. Kaherah: Dar al-Hadith. Jil 4.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/content&id=Ukk5QkdlL2NwSGFoMGxPSTUvdm0wdz09.
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. 30 September 2005. Fatwa Mengenai Anak Tak Sah Taraf. Dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993). Jilid 49 No. 22.
Lukman Abdul Mutalib & Mohamad Azhan Yahya. 2016. Isu Penasaban Anak Luar Nikah Kepada Bapa Biologi Dari Sudut Pandang Siasah Syar’iyyah Di Malaysia. Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016.
Al-Mawardi, Abu Hasan Ali bin Muhammad. 1999. Al-Hawiyy Al-Kabir Fi Fiqh Mazhab Al-Imam Al-Syafi’yy. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Jil. 8.
Mohd Alimin bin Alias. 2011. Kedudukan Dan Perlindungan Hak Anak Buangan (Al-Laqit) Menurut Undang-undang Islam Dan Masyarakat Di Malaysia. Disertasi Sarjana. Jabatan Syariah Dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Mohd Shafie Abu Bakar. 1991. Metodologi Penyelidikan Untuk Ekonomi dan Bidang-bidang Berkaitan, edisi kedua. Bangi: UKM
Muhammad Aunurrochim Mas’ad & Mohamad Zakwan Nafis bin Mohamed Zamri. 2018. Status Anak Luar Nikah: Satu Kajian Ke Atas Hak Harta Pusaka Mengikut Fiqh Islam Dan Undang-Undang Syarak Wilayah Persekutuan. Isu Isu Semasa Islam Dan Sains: USIM.
Muhammad Rawwas Qal‘ah. 1997. Mawsu‘ah Fiqh ‘Umar al-Khattab ‘Asruhu Wa Hayatuhu. Beirut: Dar al-Nafa’is.
Muhammad Yusuf Musa. 1967. Al-Nasab Wa Atharuhu. Al-Qahirah: Dar al-Ma‘rifah.
Najibah Mohd Zin. 2007. Siri Perkembangan Undang-undang Di Malaysia, Undang-undang Keluarga (Islam). Jilid 14. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Nuraini Nik Badli Shah. 1992. Undang-undang Keluarga Nafkah Dan Hak-hak Kewangan Lain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sinar Harian. 27 November 2019. Bela Nasib Anak Tak Sah Taraf. https://www.sinarharian.com.my/article/59257/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Bela-nasib-anak-tidak-sah-taraf.
Al-Shaykh Ahmad Ibn Al-Shaykh Muhammad al-Zarqa. 1989. Sharh al-Qawai‘d al-Fiqhiyyah. Dimashq: Dar al-Qalam.
Therese L. Baker. 1999. Doing Social Research, 3rd ed. United States of America: Mc Grew Hill.
Wahbah al-Zuhayliyy. 1989. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Jil. 7. Dimashq: Dar al-Fikr.
Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Hasnizam Hashim, Syahirah Abdul Shukor & Asma Harun. 2018. Faraq Perkahwinan Bagi Pasangan Tak Sah Taraf Di Negeri Sembilan. International Journal Of Islamic Thought.
Yusuf al-Qardawi. 1995. Fatwa Masa Kini. Jil. 7 & 8. Cet. 1. Terj. Zaidi Jalil, Munawwar Muhammad & Norman Mohd Nor. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
Zulkifli bin Hassan, Irwan bin Mohd. Subri, Lukman bin Abdul Mutalib. 2008. Analisa Kes Melibatkan Anak Tak Sah Taraf di Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum.
Temubual
Tuan Mohamad Aslam bin Ahmad. Penolong Pegawai Syariah di Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang. Bangunan Persekutuan Pulau Pinang. 19 Oktober 2018, jam 1.59 petang.
Akta
Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian 1957.
Kes
Salim lwn Masiah
Norzaini binti Alias lwn Mohamad Sharif bin Mohamad Taib
Roslan binti Abd Ghani lwn Zulkifli
Ismail lwn Kalam
Azliza lwn Faizul
Aidayu lwn Sukri
Adilla lwn Shaiful
Nazihah lwn Rosli